Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gaza: DAP gesa Wisma Putra sampai bantahan diplomatik

DAP meminta kerajaan Malaysia mengemukakan bantahan diplomatik bagi membendung segera keganasan tentera rejim Israel terhadap penduduk awam Palestin di Semenanjung Gaza.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata Wisma Putra perlu menyampaikan pesanan tegas kepada Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) supaya menghentikan keganasan Isreal-Palestin yang sedang berlaku ini.

    

"DAP mengecam penggunaan taktik keganasan Israel yang mempunyai kelebihan ketenteraan yang jauh lebih hebat. Sebarang tindakan keganasan oleh Israel secara lazimmnya akan mengakibatkan kematian dan kerosakan berlebihan dan

mengundang serangan balas daripada pejuang Palestin," katanya dalam satu kenyataan semalam.

    

Sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak sejak Israel memulakan serangan terhadap Palestin di Gaza, Rabu lalu.

- Bernama

ADS