Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mungkin Wan Azizah dilantik TKM, kata bekas pemimpin PKR

Jika Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I, Datuk Mansor Othman tidak dicalonkan bertanding kerusi negeri dalam pilihan raya umum ke-13, maka jawatan tersebut mungkin diisi oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, kata seorang bekas pemimpin parti itu.

Bekas ketua biro perundangan dan perkhidmatan sosial, Lim Boo Chang, yang keluar parti itu tahun lepas, berkata beliau tidak terkejut Mansor dipindahkan ke Parlimen Nibong Tebal supaya kerusi DUN Penanti kosong dan Wan Azizah boleh bertanding di situ.

NONE Lim (kanan) berkata jika PKR boleh melewat-lewatkan dan tidak mengisi tempat Mansor sehingga selepas pilihan raya, maka Wan

Azizah, isteri pemimpin Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, boleh memegang jawatan itu dan bukannya "individu lain yang bercita-cita tinggi".

"Dengarlah cakap saya bahawa ini boleh berlaku, Wan Azizah adalah seorang yang lebih baik untuk 'mengawal' Ketua Menteri Lim Guan Eng," kata Lim kepada Malaysiakini.

"Saya mendapat tahu dari ramai ahli akar umbi PKR yang mereka fikir Mansor terlalu lembut, sering mengalah kepada Guan Eng," kata bekas Ketua PKR Bukit Gelugor itu.

"Ini pandangan mereka, bukan pandangan saya, dan terdapat logiknya mereka sedang berusaha untuk menggantikan Mansor dengan orang lain, iaitu presiden parti itu, yang boleh mengawal setiausaha agung parti lain," tegasnya.

"Sekurang-kurangnya beliau (Wan Azizah) lebih kanan, dan pernah menjadi ketua pembangkang di Parlimen, sebelum suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertanding dan menang kerusi Permatang Pauh pada Ogos 2008," katanya.

lim guan eng visit kampung batu uban 210812 mansor othman Lim, yang dahulunya ADUN Gerakan di Datuk Keramat ADUN, merujuk

kepada pengumuman Anwar pada malam Khamis bahawa ketua PKR Pulau Pinang akan menjadi calon di Nibong Tebal.

Dalam ceramahnya di Sungai Udang, Anwar menjelaskan bahawa Mansor (kanan) akan membantu Pakatan Rakyat di Putrajaya sekiranya gabungan itu berjaya memenangi Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya umum, yang dijadualkan paling lewat Jun tahun depan.

Terdapat juga kemungkinan Mansor, bekas seorang ahli akademik, mengekalkan jawatan TKM jika bertanding kerusi negeri dan menang, walaupun sumber-sumber berkata ia tidak mungkin.

'Siapakah orang yang bercita-cita tinggi?'

Ditanya siapakah "orang yang bercita-cita tinggi" yang mahu menjatuhkan Mansor dan mengisi jawatan TKM I, Lim berkata dia adalah orang yang sama yang menjatuhkan bekas TKM I, Fairus Khairuddin, yang keluar PKR kerana tidak sehaluan dengan Guan Eng.

"Orang yang bercita-cita tinggi ini juga menasihatkan saya supaya bersara daripada politik sebelum pemilihan parti bagi  jawatan ketua cabang Bukit Gelugor," kata Lim.

"Dia beritahu saya jangan bertanding bagi jawatan tersebut. Orang dalam parti itu kenal siapa dia, "katanya.

Lim berkata Mansor menjadi "mangsa keadaan" akibat perebutan kuasa yang sengit dalam PKR, manakala orang yang cuba menggantikannya pula, sangat disenangi Guan Eng.

[Baca berita penuh]

ADS