Tiga kedai musnah dalam kebakaran

Tiga kedai musnah dalam kebakaran di Batu 11, Puchong dekat Kuala Lumpur semalam.

Kebakaran di deretan kedai papan itu, antaranya memusnahkan kedai makan dan kedai runcit.

Penyelia Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Puchong Haswan Mohd Wasir berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 9.55 malam.

Tiga jentera dengan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Subang Jaya dan Seksyen 7 Petaling Jaya mengambil masa lima minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke premis berhampiran.

Jumlah kerugian dan punca sebenar kebakaran masih disiasat, katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

- Bernama

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.