Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Salah satu resolusi yang diluluskan di persidangan antarabangsa untuk mendedahkan kebenaran serangan 9/11 adalah untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan antarabangsa untuk menyiasat kemungkinan ada yang tersembunyi di sebalik kemusnahan Menara Berkembar New York.

sept 11 911 attack world trade centre new york  110906 Panel penceramah di persidangan sehari itu semalam mencadangkan penubuhan suruhanjaya tersebut untuk cuba "mendedahkan kebenaran" di sebalik serangan yang turut mensasarkan Pentagon, dan yang telah dipersalahkan kepada pemimpin Al-Qaeda sebelum ini, Osama Bin Laden.

Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana, Tun Dr Mahathir

Mohamad - penganjur persidangan tersebut - berkata ahli panel antarabangsa akan meneroka lebih lanjut cadangan lagi.

"Ini adalah salah satu daripada idea-idea. Selepas ini, panel akan bermesyuarat dan memutuskan sama ada untuk menubuhkan suruhanjaya itu seperti yang dicadangkan," kata Dr Mahathir petang semalam.

Ketika merasmikan persidangan di Kuala Lumpur semalam, bekas perdana menteri  itu mendakwa golongan Arab, secara semulajadinya, tidak mampu melaksanakan serangan terperinci 11 September 2011 yang didakwa dilakukan pengganas Arab.

Mahathir bagaimanapun dilaporkan berkata, "perancangan terperinci, latihan jitu dan pelaksanaan" yang diperlukan untuk serangan itu adalah sesuatu yang mampu dilakukan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, Institut Perisikan dan Operasi Khas Israel (Mossad).

NONE Menurutnya lagi, suruhanjaya itu, jika ditubuhkan, mungkin boleh menjalankan siasatan sendiri tentang sama ada betul atau tidak, dakwaan bahawa serangan 9/11 telah dilakukan oleh orang lain dan bukan pengganas Islam sebagaimana yang didakwa sebagai benar.

Suruhanjaya itu juga boleh mengesahkan ketepatan peristiwa 9/11 seperti yang disediakan oleh pihak berkuasa Amerika.

"Kami telah meminta semua ahli panel di mana kita akan tuju selepas ini dan mereka telah mencadangkan penubuhan suruhanjaya itu untuk menyiasatnya.

"Ia juga terpulang kepada panel tersebut untuk memutuskan bila hendak menubuhkan suruhanjaya antarabangsa itu," kata Dr Mahathir.

[Baca berita penuh]

ADS