Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sekumpulan aktivis NGO pro Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan dekat bangunan parlimen hari ini bagi membantah pelaksanaan saman trafik melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang didakwa hanya memberi keuntungan kepada pihak tertentu.

NONE Perhimpunan selama kira-kira 20 minit itu diketuai koordinator Gabungan Aktivis Bantah AES (BANTAH) Saifullah Zulkifli yang menjelaskan, NGO tersebut menolak sistem yang "mengayakan kroni".

"Kita tak bantah usaha mengurangkan kemalangan. Apa yang kita marah kenapa syarikat kroni yang dapat?," kata aktivis Angkatan Muda PKR itu lagi ketika berucap dalam perhimpunan tersebut.

Beliau turut mempersoalkan jumlah saman yang terlalu banyak dikeluarkan oleh sistem itu sejak ia diperkenalkan.

"Dalam tempoh 14 hari dilaksanakan, lebih 64,000 saman dikeluarkan," katanya.

Isu berhubung kontrak AES itu menjadi pertikaian utama pemimpin Pakatan, yang mempersoalkan kaitan syarikat melaksana sistem tersebut – Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno.

NONE Syarikat berkenaan bagaimanapun menafikan bahawa ia mempunyai hubungan dalam perniagaan yang berkaitan Umno sepertimana didakwa.

Himpunan itu yang disertai kira-kira 30 orang turut dihadiri beberapa

ahli parlimen dan ahli politik Pakatan Rakyat - di antaranya adalah MP

Batu, Tian Chua; MP Jelutong, Jeff Ooi; MP Bukit Bendera Liew Chin

Tong dan Chang Lih Kang.

Peserta perhimpunan itu antara lainnya membawa sepanduk dengan wajah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan slogan "Batalkan atau Letak Jawatan (Revoke or Resign)" bagi menggesa Kong membatalkan sistem AES.

Mereka turut melaungkan "Hancur hancur, hancur AES" beberapa kali

sewaktu beberapa kereta melintasi pos pengawal keselamatan di

parlimen.

NONE Liew dalam ucapannya pula menyifatkan saman AES ibarat "cukai pintu

belakang" kerana sistem saman ekor  Polis Di Raja Malaysia masih

berkuat kuasa walaupun saman AES telah diperkenalkan.

"Kita boleh anggap ini sebagai satu cukai belakang pintu kerana ia

menguntungkan kroni," dakwanya.

Beliau kemudian mengulangi komitmen Pakatan Rakyat untuk menghapuskan sistem saman itu jika mereka menguasai Putrajaya kelak.

"Kalau kerajaan Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan pusat, semua (saman AES) akan dibatalkan," tegasnya.

Beliau turut menerima memorandum membantah AES dari Saifullah

disaksikan Chang Lih Kang sebelum perhimpunan itu bersurai lima minit kemudian.

ADS