Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

CIMB Group Holdings Bhd mencatatkan rekod untung bersih RM3.263 bilion untuk sembilan bulan berakhir 30 September 2012, sekaligus menyaksikan pertumbuhan tahun-atas-tahun sebanyak 12.6 peratus.

    

Berdasarkan tempoh suku-kepada-suku, kumpulan mencatatkan untung bersih RM1.143 bilion, tiga peratus lebih tinggi berbanding suku sebelumnya dan melepasi 12.9 peratus suku yang sama tahun lepas.

    

"Kami menyaksikan suku ketiga dan sembilan bulan pertama yang baik, disokong oleh prestasi kukuh di CIMB Niaga, CIMB Bank Singapore dan Perbankan Korporat serta Pasaran Perbendaharaan.

    

forbes conference nazir razak 140911 "Pada masa yang sama, kami telah mempertahankan penguasaan pasaran utama dan menambah kekuatan penting kepada francais," kata Ketua Eksekutif CIMB Group,  Datuk Seri Nazir (kanan) dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata momentum kumpulan terus kukuh dalam memasuki suku keempat 2012.

    

"Kami kekal yakin kerana niaga janji korporat dan pasaran modal kami terus baik. Kami akan meneruskan fokus kepada “CIMB 2.0”, yang termasuklah melaksanakan perubahan berskala besar dan menyepadukan platform perbankan pelaburan bekas RBS APAC dan Bank of Commerce (Filipina),” katanya.

- Bernama

ADS