Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RCI Sabah tak diperluas ke Semenanjung - Tim menteri

Timbalan menteri dalam negeri, Datuk Liew Vui Kong berkata kerajaan tidak bercadang memperluas siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) ke atas isu pemberian kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah kerana kes berkenaan menurutnya tidak berlaku di Semenanjung Malaysia.

"Kerajaan tidak bercadang untuk luaskan skop siasatan RCI mengenai dakwaan pemberian warganegara kepada pendatang asing di sabah kepada negeri di Semenanjung.

"Ini kerana tidak wujud masalah pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing di Semenanjung Malaysia," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan oleh Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) itu, Liew berkata mesyuarat untuk menetapkan prosedur yang akan digunakan suruhanjaya itu telahpun dimulakan.

Ia termasuk soal sama ada pengadu boleh mengemukakan afidavit kepada jawatankuasa berkenaan, katanya.

RCI tersebut dipimpin oleh mantan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steven Shim, dengan tanggungjawab utama untuk menyiasat sama ada pendatang asing di negeri itu diberi kad pengenalan atau kerakyatan secara tidak sah, dan sama ada mereka dimasukkan ke dalam daftar pemilih.

[Berita penuh menyusul]

ADS