Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Biro Profesional Muda MCA Datuk Chua Tee Yong hari ini mendakwa kerajaan negeri Selangor tidak telus dalam isu Talam Corporation Berhad.

    

Beliau berkata ini kerana Selangor tidak memberikan laporan daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) berhubung tanah Bukit Beruntung 2 kepada  firma audit KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (KPMG) yang dilantik bagi mengkaji pemulihan hutang Talam Corporation Berhad pada 2009.

Ini menyebabkan KPMG menyatakan bahawa kajiannya hanya terhad kepada aspek kewangan dalam laporan auditnya, sekaligus menyaksikan kekurangan ketelusan di pihak kerajaan negeri Selangor, kata Chua, yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada sidang akhbar di Wisma Tani di Putrajaua semalam.

 

Kelmarin,  kerajaan negeri Selangor membentangkan Kertas Putih bagi memperjelas isu hutang Talam Corporation Berhad dan status penstrukturan semula air di negeri itu.

    

Dokumen itu boleh dimuat turun menerusi laman web rasmi kerajaan negeri www.selangor.gov.my dan laman web media www.selangorku.com.my bermula hari ini.

    

- Bernama

1. Selangor keluar kertas putih pelunasan hutang Talam

ADS