Polis: Himpunan Hijau belum maklum rancangan berhimpun

Lu Wei Hoong        

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad berkata kumpulan anti-Lynas Himpunan Hijau masih belum memberitahu pasukan itu mengenai rancangan untuk berhimpun di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini.

NONE Katanya, penganjur berkenaan perlu memberi makluman kepada polis mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, namun kumpulan itu tidak berbuat demikian.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Phesal Talib semalam turut menyatakan bahawa penganjur perarakan itu perlu memohon kebenaran untuk menggunakan Dataran Merdeka.

Aktivis Himpunan Hijau, yang kini dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur dengan perarakan berjalan kaki sejauh 300km dari Kuantan, merancang untuk menamatkan acara itu dengan berkhemah di Dataran Merdeka pada Ahad.

Kumpulan itu juga merancang untuk menggunakan lokasi itu untuk menerima kunjungan para ahli parlimen pada Isnin.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In