Pihak polis berkata Kumpulan anti-Lynas Himpunan Hijau mesti memberitahu pihaknya mengenai hasratnya untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka, tetapi mereka masih belum berbuat demikian.
Dalam SMS kepada Malayskini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad berkata mereka perlu menghantar pemberitahuan kepada pihak polis di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012, tetapi menurutnya, mereka belum berbuat demikian.
Semalam, Datuk Bandar Kuala Lumpur Ahmad Phesal Talib juga berkata Himpunan Hijau perlu memohon kebenaran untuk menggunakan Dataran.
Aktivis dari Himpunan Hijau yang kini mengadakan perarakan 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur merancang menamatkan perarakan mereka di Dataran Merdeka pada tengah hari Ahad ini, di mana mereka akan bermalam dan menggunakan tempat yang sama untuk bertemu ahli-ahli Parlimen pada hari Isnin.
