Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan Menteri Luar A Kohilan Pillay memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa kempen Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) anjuran perdana menteri menerima pengiktirafan antarabangsa termasuk oleh Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

"Baru-baru ini semasa pertemuan di antara PM dan Obama di sidang Asean di Phnom Penh, Obama juga akui konsep kesederhanaan yang dipelopori GMM mampu menyumbang ke arah keamanan sejagat," katanya sewaktu menjawab Datuk Abu Bakar Taib (BN-Langkawi).

Katanya lagi, pengiktirafan sama turut diberikan pertubuhan antarabangsa lain seperti Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (Asean), Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM), Mesyuarat Asia-Eropah (Asem) dan Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM).

Abu Bakar meminta menteri luar negeri menjelaskan sekiranya NAM masih relevan dalam suasana geopolitik terkini dan tentang peranan terkini Malaysia dalam OIC.

Beliau turut bertanya bagaimana inisiatif GMM boleh memainkan peranan dalam NAM dan juga OIC.

Dalam jawapannya, Kohilan turut menyatakan keyakinan bahawa GMM mampu menyampaikan mesej kesederhanaan Malaysia di peringkat antarabangsa.  

"Malaysia akan terus berusaha untuk perkenalkan dan promosi konsep kesederhanaan di peringkat dua hala dan pelbagai hala supaya diterima luas sebagai sumbangan Malaysia untuk tangani keganasan," katanya.

ADS