Aktivis ikrar akan halang eksport Lynas

Aktivis yang menentang pemprosesan nadir bumi Lynas berikrar untuk menghalang eksport produknya, berikutan penerimaan secara diam-diam penghantaran bijih nadir bumi oleh syarikat ini pagi ini.

"Bahan itu mungkin telah sampai (ke Gebeng), tetapi produk mereka tidak akan keluar," kata Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack di satu sidang akhbar di Bukit Tinggi, Pahang.

Himpunan Hijau sebelum ini telah mengancam untuk mengadakan sekatan di pelabuhan selepas menggunakan saluran undang-undang untuk menghalang Lynas daripada beroperasi.

Bagaimanapun, Wong berkata, Himpunan Hijau hanya akan dapat merangka strategi selepas selesai kempen sekarang - perarakan 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

"Sekatan itu akan diadakan. Biar selesaikan dulu perarakan ke Dataran Merdeka. Biarkan rakyat berhimpun, kemudian rakyat akan membuat keputusan bagaimana kita akan berdepan dengan isu ini," katanya.

Wong juga mengkritik Lynas kerana menerima penghantaran bijih nadir bumi secara diam-diam dan dengan kawalan ketat polis.

"Mereka beroperasi dalam gelap dan di bawah perlindungan pihak berkuasa. Inilah cara mereka menjalankan perniagaan.

"Jika import bijih boleh menjadi begitu rahsia, adakah anda fikir mereka boleh beroperasi secara terbuka," kata Wong, yang turut menimbul persoalan sama ada syarikat itu boleh dipercayai akan melupuskan sisa mereka secara telus.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.