Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Petronas berjaya keluar gas dari lapangan berantai
Diterbitkan:  Nov 22, 2012 8:26 PM
Dikemaskini: Nov 23, 2012 2:33 AM

Petronas telah mengumumkan kejayaan pengeluaran gas dari Lapangan Berantai dan cari gali dan ujian telaga pertama di Kelompok Balai, masing-masing merupakan kawasan kontrak perkhidmatan risiko (RCS) pertama dan kedua Malaysia.

    

Petronas turut mengumumkan hasil pertemuan gas di Blok PM307.

    

Ia berkata pengeluaran gas asli daripada Lapangan Berantai berjaya dikeluarkan pada 20 Oktober 2012.

    

"Gas itu pada masa ini dieksport pada kadar 50 mmscfd daripada tiga telaga pertama lapangan dan dijangka mencapai 80 mmscfd dengan tambahan dua lapangan menjelang akhir tahun ini," katanya dalam satu kenyataan.

Ia menambah yang gas itu diproses di kemudahan pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung Berantai dan dieksport ke terminal pesisiran sedia ada di Kerteh.

    

Ia berkata RSC untuk lapangan Berantai yang terletak di luar pesisir Terengganu, telah diberikan oleh Petronas pada Januari 2011 kepada Petrofac Energy Developments Sdn Bhd dan SapuraKencana Petroleum Bhd.

- Bernama

ADS