Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

BN membidas usaha DAP untuk melatih ADUNnya supaya lebih ketara di mata umum bagi meningkatkan peluang mereka dipilih semula bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

"Rakyat juga perlu lebih berhati-hati dalam mengamanahkan masa depan mereka kepada parti yang betul," kata penyelaras BN Komtar, Loh Chye Teik.

Loh menggesa rakyat Pulau Pinang supaya melihat "warna sebenar" DAP sebagai parti yang didakwanya hanya memberi tumpuan kepada publisiti tetapi kurang pengetahuan tentang bagaimana untuk mentadbir kerajaan.

Beliau merujuk kepada kenyataan Setiausaha DAP negeri, Ng Wei Aik baru-baru ini bahawa semua ADUNnya perlu mengadakan sekurang-kurangnya tiga sidang akhbar atau mengeluarkan tiga kenyataan setiap bulan.

NONE Ng (kiri), yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, telah dilaporkan berkata wakil rakyat parti itu perlu tahu bagaimana hendak menjalankan majlis-majlis publisiti dan menjadi lebih berprofil tinggi.

"Ini adalah untuk mengelakkan pengundi mempunyai tanggapan negatif bahawa mereka tidak melakukan kerja mereka dengan betul, yang akan menjejaskan peluang mereka dilantik semula sebagai calon," kata Ng yang dilapor memberitahu media.

Loh berkata sejak ADUN Komtar itu membuat arahan sedemikian, ia hanya menunjukkan bahawa DAP meletakkan publisiti mengatasi yang lain-lainnya.

"Jika rakyat mengundi wakil yang hanya tahu bagaimana untuk mengadakan sidang akhbar atau mengeluarkan kenyataan, maka kita tidak boleh nak bayangkan akibatnya, tetapi malangnya itulah pemahaman dalam DAP tentang bagaimana untuk memilih calon-calon mereka," kata Loh.

[Baca berita penuh]

ADS