Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Media pro-kerajaan lebih sedia hadapi p'raya - Zam
Diterbitkan:  Nov 26, 2012 1:35 PM
Dikemaskini: 5:38 AM

Bekas menteri penerangan Datuk Zainuddin Maidin menyalahkan perpecahan di kalangan media pro-kerajaan sebagai penyebab utama kekalahan yang dialami BN dalam pilihan raya umum lalu.

Namun, beliau yakin keadaaan pada masa kini berbeza berbanding 2008, kata Zainuddin dalam satu wawancara disiarkan akhbar Si nar Harian .

"Saya yakin kita lebih bersedia berbanding 2008. Jika dahulu terdapat banyak kelemahan, malah media arus perdana sendiri tidak bersatu dan berpecah belah," katanya.

Beliau memberi satu contoh, keadaan itu boleh dilihat melalui pemberitaan Radio Televisyen Malaysia dan televisyen swasta berhubung isu pembangunan di satu kawasan wakil rakyat.

"Apabila RTM menyiarkan perkara positif seperti pembangunan di kawasan wakil rakyat tetapi sebuah televisyen swasta pula menyiarkan berita tidak puas hati atas dasar kebencian untuk menjatuhkan seseorang yang tidak dikehendaki oleh sesuatu pihak dalam parti," katanya.

Bekas MP Merbok itu merupakan antara barisan pemimpin kanan Umno yang tewas dalam pilihan raya 2008.

Bekas ketua pengarang Utusan itu berkata, isu pemberitaan berkenaan pernah dibincangkan dalam satu mesyuarat, "namun barangkali tidak diendahkan", katanya.

Beliau turut menyelar media yang secara keseluruhannya dianggap Zainuddin "tidak beretika".

"Walaupun etika itu ada pada media arus perdana, tetapi secara keseluruhannyna tidak beretika. Jikapun etika itu wujud, ia kerana keperluan untuk melindungi akhbar berkenaan daripada disaman pihak tertentu yang menyifatkannya laporan fitnah.

"Etika ini tidak diterapkan oleh media lain termasuk media siber yang boleh menyiarkan apa sahaja.

"Itu sebab akhbar arus perdana berat sebelah dan dituduh pro-kerajaan tetapi mereka sebenarnya tidak berbohong kerana perlu menjaga etika dan mahu elak saman.

"Kesimpulannya media dahulu beretika, media sekarang ada yang beretika dan ada yang tidak," katanya lagi.

ADS