Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang MP BN hari ini menuntut kementerian perdagangan dalam negeri menjelaskan pemantauan kementerian tersebut yang diadakwa meragukan sehingga membolehkan barangan subsidi bernilai diseludup merentasi sempadan Sabah ke Indonesia.

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) mendakwa, keadaan itu malah menunjukkan "seolah-olah tiada pengawasan langsung".

"Penyokong saya memaklumkan saya operkara ini dan mengambil gambar, malah mereka kadang-kala melihat perkara ini apabila menyeberangi sempadan.

"Jika satu atau dua tong gas sahaja (diseludup), mungkin ini tidak menjadi masalah, tetapi ini beratus-ratus juta," kata Abdul Ghafur ketika mengemukakan satu soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Abdul Ghafur turut bertanya jika kementerian bercadang untuk bekerjasama dengan Jabatan Kastam dan Eksais dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia untuk menangani masalah ini dengan menyeluruh.

[Baca berita penuh]

ADS