Badan itu menyatakan, kajian itu juga mendapati wujudnya perpisahan di antara persepsi umum dan juga hasil yang diperolehi daripada datanya.
"Persepsi umum yang diukur dengan CPI (Indeks Persepsi Rasuah) menunjukkan bahawa rasuah berleluas dan keadaannya sangat teruk.
"Namun data menunjukkan bahawa masalah rasuah di Malaysia tidak seburuk yang digambarkan data CPI.
"Maka dalam membincangkan rasuah di Malaysia, ia perlu dijalankan dengan bertapis dan tidak dipengaruhi sepenuhnya oleh persepsi semata-mata," kenyataan itu dipetik.
Bagaimanapun, institut berkenaan mengakui bahawa persepsi tidak timbul begitu sahaja dan menegaskan bahawa badan tersebut tidak berpandangan bahawa rasuah tidak berlaku di Malaysia.
