Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
5 maut, 6 cedera kemalangan dekat plaza tol Slim River
Diterbitkan:  Nov 27, 2012 6:00 PM
Dikemaskini: 10:02 AM

Lima maut manakala enam yang lain cedera dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kenderaan MPV dan lori yang membawa muatan beras di Km 372.1 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran plaza tol Slim River pada jam 7 pagi tadi.

Mereka yang maut ialah Poh Hock Huat, 60, dan Juvien Chim Yu Xuan, 12, dari Taman Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang; Pang Lee Si, 35, Taman Serdang, Serdang, Kedah dan Daphine Eng Yuik Yee, 14, dari Bagan Selatan, Butterworth, Pulau Pinang; Heng Choon Tee, 33, dari Butterworth.

    

Mangsa yang maut merupakan sebahagian daripada 11 penumpang yang berada di dalam kenderaan MPV jenis Hyundai Starex yang dalam perjalanan menuju ke Muar, Johor dari Parit Buntar untuk membuat persembahan di satu majlis di sana.

    

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim DSP R.Supramaniam berkata kenderaan MPV berkenaan telah melanggar bahagian belakang lori 12 tan yang membawa muatan beras ketika lori itu berhenti di lorong kecemasan laluan lebuh raya.

    

"Lori yang sedang dalam perjalanan dari Jitra, Kedah untuk menuju ke Sungai Buloh, Selangor itu berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami tayar pancit," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim di Slim River hari ini.

- Bernama

ADS