Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Beberapa pemimpin tertinggi Umno hari ini memberitahu bahawa presidennya Datuk Seri Najib Abdul Razak memberi peringatan supaya ahli tidak melakukan sabotaj ke atas parti dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, Najib juga menggesa supaya semua ahli bersatu dan menggiatkan usaha bagi tujuan itu.

pm open house 190812 najib "Tadi presiden ingatkan kita bahawa kita berada di ambang pilihan raya. Bermakna bahawa kita perlu rapatkan barisan, bekerja bersungguh-sungguh dan pastikan kita mendekati rakyat dan jangan mengkhianati parti.  

"Penting kesatuan sesama kita. Bermakna bahawa ambang pilihan raya menuntut kita bekerja bersungguh-sungguh kalau kita betul-betul sayang kepada parti," katanya yang menambah perhimpunan kali ini juga "akan menentukan masa depan rakyat Malaysia".

Sementara itu, ketua sayap pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata Najib dalam taklimat berkenaan juga mengarahkan agar ketua bahagian dan pemimpin parti meningkatkan "serangan" dengan mendekati pengundi.

NONE "Antara ayat yang ditegaskan untuk mempertahankan kedudukan kemenangan bagi BN sebagai pemerintah di peringkat nasional ialah kita perlu serang.

"Serang ialah berjumpa dengan rakyat dan memberitahu bahawa misi dan hala tuju kita lebih baik daripada pembangkang," katanya.

Khairy bagaimanapun hanya tersenyum apabila ditanya sama ada Najib memberitahu bila tarikh pilihan raya semasa taklimat tertutup itu.

Bagi Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Rafidah Aziz pula berkata, taklimat yang diberi presidennya sangat jelas supaya semua ahli umno bersatu menjadi sebuah pasukan bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka sengit.

NONE Menurut Rafidah, matlamat mereka bukan sahaja mahu menang tetapi perlu bekerja kuat bagi memastikan negeri-negeri yang tewas kepada pembangkang pada 2008 dapat ditawan semula.

"Kita jangan ambil sambil lewa pilihan raya ini. Ini mustahak. Kerana 2008 itu pengalaman pahit, jadi tahun ini kita harus tebus.  Dulu kita kalah ada sebab-sebab dalaman," kata Rafidah.

ADS