Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin menafikan berlaku kes penculikan kanak-kanak di Sabindo seperti yang tersebar melalui laman Facebook.

    

Beliau berkata selepas disemak maklumat kononnya berlaku kes penculikan bulan ini dan bulan lalu, tidak ada sebarang laporan polis dibuat mengenainya.

    

"Bagaimanapun kita sudah mengarahkan pegawai kita untuk mengesan pengirim dan punca maklumat berkenaan," katanya kepada pemberita ketika menerima kunjungan hormat anggota Persatuan Wartawan dan Pengamal Media Tawau (Pewarta) di pejabatnya di Tawau hari ini.

      

Beliau yang berkhidmat sebagaqi Ketua Polis Daerah Tawau lebih tiga tahun akan berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mulai 7 Disember ini.

      

Dalam kunjungan itu, Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pihak media di Tawau yang melaporkan berita secara profesional.

    

Beliau turut memuji anggotanya kerana Balai Polis Tawau menduduki

tempat ketiga pertandingan 'Table League' Kategori A peringkat kebangsaan tahun ini kerana menyediakan perkhidmatan terbaik kepada anggota masyarakat.

    

- Bernama

ADS