Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perwakilan Pemuda Umno Terengganu menyarankan kepada kerajaan supaya memberi mana-mana kerja penyelenggaraan konsesi lebuh raya kepada kontraktor kelas F.

"Terengganu ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya memberikan mana-mana kerja pembahagian konsesi lebuhraya bagi kerja-kerja penyelenggaraan diberikan kepada kontraktor kelas F.

"Ramai yang tahu bahawa kontraktor kelas F kebanyakannya terdiri daripada bumiputera," kata Azhar Jambol yang juga Ketua Pemuda bahagian Dungun.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar masa berucap oleh perwakilan dilanjutkan.

"Saya juga mencadangkan agar perhimpunan kita hari ini, kalau boleh panjangkan tempoh beruca," katanya yang beberapa kali ditegur oleh pengerusi supaya menamatkan ucapannya.

"Satu hari mana boleh nak keluarkan 14 orang perwakilan dalam masa tiga jam. Ambil dua hari perhimpunan baru betul," katanya yang mendapatkan sorakan daripada para perwakilan Pemuda di perhimpunan agung Pemuda Umno di di PWTC hari ini.

'Tubuh badan ulama'

Sementara itu, seorang lagi perwakilan mencadangkan supaya pergerakan Pemuda dapat menubuhkan sebuah badan ulama.

Wakil Pulau Pinang, Norman Zahalan berkata, penubuhan ulama itu perlu bagi membawa transformasi dan sebagai sebuah badan yang mampu menjawab persoalan agama.

"Saya cadangkan supaya penubuhan badan ulama di bawah Pemuda. Kerana pelbagai isu agama sekarang macam-macam yang perlu dijawab.

"Badan agama kita sekarang ada sorang sahaja iaitu saudara Fathul Bari (Mat Jahya).

"Jadi kita cadangkan supaya badan ulama dibawah Pemuda ditubuhkan," kata ketua Pemuda Umno bahagian Bayan Baru itu

ADS