Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pergerakan itu bersedia menunggu "semboyan" dari Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak yang bakal mengumumkan pilihan raya umum pada bila-bila masa.

Wanita juga tidak akan memberi masalah kepada Najib seperti yang ditunjukkan dengan pengunduran beliau dari jawatan kabinet ekoran skandal National Feedlot Corporation sebelum ini, katanya.

"Kita tidak mahu bagi malu. Saya tidak mahu memberi masalah kepada PM, sebab itu saya keluar daripada kementerian.

"Kita sokong dan setiakawan, bersiap siaga, rajin dan berdisplin. Kalau itu disampaikan kepada Datuk Seri Najib, baru kita sampaikan salam kepada beliau. Seronok sikit Datuk Seri Najib," kata Shahrizat dalam ucapan penangguhan Persidangan pergerakan itu di PWTC.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tuntutan perwakilan Wanita yang membangkitkan mengenai kouta 30 peratus kepada Wanita sebagai calon dan pembuat dasar sewaktu membahaskan usul sebelum itu.

Menurutnya, Wanita perlu memahami perdana menteri dan menyarankan agar tuntutan berkenaan disampaikan melalui "kesiapsiagaan" mereka dalam menghadapi pilihan raya umum kelak.

Katanya, perkara itu sudahpun dalam dilihat dalam kehadiran dan perbahasan perwakilan Wanita hari ini.

Beliau juga berharap, anggota Majlis Tertinggi Umno yang memantau perjalanan persidangan Wanita itu hari ini supaya "tidak kedekut berhujah" berhubung persediaan sayap itu dalam mesyuarat jawatankuasa itu malam ini.

Dalam ucapannya itu, Shahrizat turut meminta media supaya lebih bertanggungjawab dan adil dalam laporan mereka.

Shahrizat berkata, beliau mengakui media sosial seperti Twitter dan Facebook turut memberi kebaikan, tetapi pengaruh itu juga boleh menjahanamkan, katanya.

ADS