Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR: Najib bukan tandingan Anwar jadi menteri kewangan

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak bukan tandingan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri kewangan.

Azmin hari ini mengemukakan angka pertumbuhan Kadar Domestik Negara Kasar (KDNK) sewaktu Anwar menjadi menteri kewangan, bagi menyangkal kenyataan Najib ketika berucap di perhimpunan agung Umno semalam bahawa beliau (Najib) mampu menguruskan ekonomi negara lebih baik daripada Anwar.

NONE Menurut Azmin, ketika Anwar menteri kewangan, negara

mencatatkan pertumbuhan KDNK yang kukuh pada kadar 8.8 peratus pada 1992;  9.9 peratus pada tahun 1993; 9.2 peratus pada 1994; 9.8 peratus pada 1995; 10 peratus dalam 1996 dan 7.3 peratus pada 1997 apabila krisis ekonomi bermula.

Sebaliknya, di bawah Najib, KDNK negara merosot sebanyak 1.5 peratus pada 2009, dengan pertumbuhan berikutnya sebanyak 7.2 peratus pada 2010 dan 5.1 peratus pada tahun 2011.

"Sejak menjadi menteri kewangan, prestasi ekonomi Najib tidak pernah sekali dapat mengatasi pencapaian Anwar," Azmin memberitahu sidang akhbar di ibu pejabat PKR hari ini.

"Anwar menguruskan ekonomi untuk merekodkan pertumbuhan sebanyak 9 hingga 10 peratus dalam masa beliau menjadi menteri kewangan," katanya.

Bagaimanapun, tegas Azmin lagi, Najib telah membawa ekonomi ke arah yang lain dalam tahun pertama dan ia kekal dalam keadaan rendah walaupun, menurutnya,  negara jiran seperti Indonesia, berkembang pesat.

NONE

  [Baca berita penuh]

1. Najib: Anwar bukan pengurus ekonomi cekap, sesumpah politik

ADS