Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saham FGV susut, jangkaan suku 3 kurang berangsang

Harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd susut empat sen, atau 0.87 peratus kepada RM4.55 sehingga pukul 11.33 pagi hari ini setelah penganalisis menjangka keputusan suku ketiga yang kurang memberangsangkan.

    

Harga juga pada nilai tara dengan harga tawaran syarikat perladangan sawit itu semasa tawaran awam permulaan, yang merupakan penyenaraian terbesar  Malaysia tahun ini dan kedua di dunia selepas Facebook.

    

Seorang penganalisis berkata unjuran keputusan suku ketiga yang

kurang memberangsangkan itu disebabkan oleh harga minyak sawit mentah (MSM) yang lemah dan pengeluaran tandan buah segar (FFB) yang rendah semasa tiga bulan dalam kajian.

    

"FGVH juga mungkin berhadapan dengan pokok sawit yang telah tua

yang menguasai 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang sawit yang dalam kedudukan antara tertinggi dalam industri," katanya.

    

Beliau berkata proses penanaman semula akan bermakna lagi  berkuranganpendapatan kumpulan semasa tempoh pokok akan matang.

Penganalisis itu berkata syarikat juga dilaporkan berdepan dengan isu produktiviti dari segi tan sehektar yang pada kedudukan ketiga terendah dikalangan syarikat perladangan utama Malaysia.

    

FGV, disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia pada 28 Jun

dengan 72.96 juta saham ditawarkan kepada orang ramai, disenaraikan pertama kalinya pada RM5.39 dan naik setinggi RM5.50 pada 4 Julai.

    

- Bernama

ADS