Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM) memanggil tiga lagi individu bagi siasatannya ke atas NGO Suaram.

Tiga individu berkenaan – peguam Fadiah Nadwa Fikir dan Amer Hamzah Arshad, serta pengarah eksekutif Suaram E Nalini – disiasat mengikut Seksyen 66 Akta Pertubuhan.

Menurut peruntukan itu, individu yang disyaki mempunyai maklumat mengenai kewujudan operasi pertubuhan haram atau operasi mana-mana badan berdaftar boleh dipanggil untuk siasatan.

Ketika dihubungi, Fadiah menyifatkan siasatan berterusan ke atas Suaram sebagai satu bentuk gangguan dan menghalang usahanya, termasuk siasat dakwaan habuan di sebalik pembelian kapal selam Scorpene RM7.3 juta oleh mahkamah Perancis.

Fadiah juga berkata JPPM tidak mempunyai bidang kuasa ke atas Suaram memandangkan NGO tersebut didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Ketiga-tiga individu berkenaan menerima notis oleh JPPM pada hari Khamis dan diminta menghadirkan diri di ibu pejabatnya di Putrajaya pada jam 11 pagi hari ini.

[Baca berita penuh]

ADS