Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata beliau sedia menjawab kenyataan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang mendakwa kononnya tiada ketelusan dalam proses tender pembekalan benih padi oleh kementeriannya.

Noh berkata beliau akan menulis surat kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi meminta tarikh untuk beliau memberi penjelasan mengenai isu itu kepada Abdul Khalid serta semua anggota exco kerajaan negeri Selangor.

"Saya akan tulis surat. Esok saya akan masuk pejabat, saya akan tulis immediately... mereka tak perlu tulis surat. Saya yang akan tulis surat terus  saya nak berjumpa (untuk) memberi penerangan (hal) ini kepada semua ADUN di Selangor," kata beliau kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini

hari ini.

    

Beliau berkata tempoh sebulan akan diberi kepada Abdul Khalid untuk menjawab suratnya itu.

    

"Saya mohon kerajaan negeri untuk menerima kedatangan saya. Saya akan pergi ke mana-mana di Selangor untuk menjelaskan isu itu dan jika kerajaan negeri hanya mendiam diri elok sekiranya Khalid (Menteri Besar Selangor) meletak

jawatan," kata Noh yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang.

    

Baru-baru ini Adun Sekinchan, Ng Sue Lim mendakwa tender benih padi negara bernilai RM164.8 juta diserahkan kepada beberapa pembekal yang tidak memenuhi kriteria dan mempunyai kaitan dengan individu tertentu dalam Umno.

    

Bagaimanapun Noh menafikan dakwaan itu dengan memperjelaskan bahawa mulai tahun ini, pembekalan benih padi dilakukan secara tender terbuka yang diiklankan di dalam akhbar.

    

Beliau berkata setiap permohonan dinilai oleh tiga jawatankuasa kementerian bagi memastikan hanya syarikat yang memenuhi kriteria dan mampu membekalkan

benih padi berkualiti dianugerahkan tender.

- Bernama

ADS