Muhyiddin garis tujuh rukun menang PRU

Dalam usaha terakhir membakar semangat perwakilan menghadapi pilihan raya, Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin menggariskan tujuh rukun kemenangan pilihan raya untuk dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing.

Beliau menggariskan rukun itu berdasarkan pengalamannya menghadapi pilihan raya dan memikul amanah sebagai pengarah pilihan raya Umno selama beberapa tahun sehingga kini.

Mendahului tujuh rukun itu, Muhyiddin menekankan prinsip "patuh kepada pemimpin" kepada perwakilan.

Beliau mengangkat konsep 'kami dengar dan kami patuh' (sami'na dan waato'na) dalam Al-Quran untuk menjadi panduan.

"Dalam konteks parti ia adalah lambang keyakinan kita kepada pucuk pimpinan parti," katanya yang menyeru ahli-ahli parti agar "berjuang habis-habisan".

Katanya, para perwakilan perlu meneladani panglima Islam, Jaafar Abi Talib yang mempertahankan panji-panji perang daripada jatuh ke tanah walaupun sehingga badan beliau dikerat dua oleh musuh.

Selain itu, Muhyiddin berkata jentera parti perlu mengatur
strategi yang tepat serta memahami peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksana.

Jentera parti juga perlu mengenali musuh dan mengejapkan perpaduan dan kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya, katanya.

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.