Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, partinya akan berhabis-habisan bagi memastikan kemenangan majoriti dua pertiga memihak kepada parti itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Itulah sasaran kita. Kita akan berhabis-habisan. Kita perlu dapatkan dua pertiga majoriti dan akan berhabisan untuk dapatkan itu," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan pergulungan Perhimpunan Agung Umno ke-66 di PWTC petang ini.

Selain itu, ketika menjawab soalan berhubung kesediaan parti untuk menghadapi pilihan raya akan datang, beliau dengan yakin berkata, semangat ahli Umno pada perhimpunan kali ini akan kekal sehingga "hari besar" itu.

Dalam pada itu, ketika ditanya pemberita berhubung tindakan sabotaj parti oleh sesetengah ahli, perdana menteri itu berkata, beliau percaya ahli akan bertindak secara rasional.

"Kita boleh kekalkan (semangat) sehingga hari besar itu. Kita yakin. Momentum sangat bagus dan saya juga yakin mood perhimpunan ini sangat bertenaga dan parti telah bersedia," katanya.

"Ini semua (sabotaj ahli) di dalam hati dan minda. Jika di hati dan di minda sayang Umno, perbuatan dia (sabotaj) boleh rosakkan parti dan dia. Saya percaya dia boleh bertindak secara rasional," kata Najib lagi.

ADS