Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Terowong runtuh di Jepun, lima dikhuatiri terperangkap

Lima orang dikhuatiri terperangkap di dalam terowong lebuh raya yang runtuh berhampiran Tokyo hari ini, media Jepun melaporkan.

"Lima orang dikhuatiri terperangkap di dalamnya," kata  penyiar swasta TV Asahi yang memetik anggota bomba berkata bahawa terowong di lebuh raya itu terletak kira-kira 80km dari bandaraya Tokyo.

tunnel collapsed japan Sebilangan kenderaan terbakar di dalam runtuhan terowong tersebut - salah satu yang terpanjang - kata polis, sewaktu gerakan menyelamat sedang dilancarkan.

Sekurang-kurangnya tiga kenderaan hancur ditimpa runtuhan tersebut dan tiga orang cedera dalam kejadian tersebut, kata penyiar TV NHK, tetapi laporan itu belum dapat disahkan oleh pihak polis dan jabatan bomba.

Kejadian itu berlaku dil laluan ke Tokyo di dalam terowong Sasago di Lebuhraya Chuo, kira-kira 80km di barat Tokyo, pada sekitar jam 8 pagi waktu tempatan, kata seorang pegawai di unit polis trafik lebuh kepada AFP.

"Kita tidak tahu dengan tepat berapa banyak kenderaan yang terbakar," katanya melalui telefon.

Rakaman NHK dari dalam terowong itu menunjukkan sebuah ambulans putih dan beberapa anggota bomba memakai pakaian perlindungan, berada di seksyen yang diselubungi asap putih. Juga kelihatana beberapa buah kereta dengan lampu berkelip.

Seorang wanita 28 tahun dibawa ke hospital oleh ambulans selepas dia muncul dari terowong sepanjang 4.3km, kata pegawai polis trafik.

NHK berkata dua wanita lain turut diselamatkan dari dalam terowong dan tahap kecederaan mereka tidak diketahui.

Seorang wartawan NHK berkata dia secara kebetulan memandu melalui terowong tersebut dalam perjalanan ke Tokyo apabila ia mula runtuh.

"Saya berjaya memandu melalui terowong itu tetapi kenderaan lain nampaknya telah terperangkap," katanya. "Asap hitam keluar dan seolah-olah ada kebakaran di dalam terowong."

Asap tebal di dalam terowong telah menghalang usaha pasukan penyelamat untuk sampai ke tempat kejadian, kira-kira 2km dari pintu keluar ke Tokyo, kata seorang pegawai jabatan bomba tempatan.

[Baca berita penuh]

ADS