Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tiga puluh motosikal hangus manakala 10 lagi rosak teruk dalam satu kebakaran di Flat Sun Moon City, Paya Terubong di George Town malam tadi.

    

Pelbagai jenis motosikal terlibat dalam kebakaran itu yang berlaku di tempat letak motosikal blok 8 flat berkenaan kira-kira pukul 10.10 malam tadi.

    

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong berkata sebuah jentera bomba bersama lapan anggota termasuk anggota bomba sukarela bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 10.20 malam.

    

Katanya api yang sedang marak itu dapat dikawal dalam tempoh 15 minit.

    

Punca dan kerugian akibat kejadian itu masih disiasat.

- Bernama

ADS