Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sekumpulan peniaga bazar Uptown Danau Kota hari ini menyerahkan memorandum  bantahan kepada Suhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) kerana mendakwa dikasari

penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DKBKL) dan polis.

Wakil kumpulan peniaga itu, Ahmad Fauzi Abdul Karim mendakwa dalam kejadian pada 27 November lalu, penguatkuasa DBKL merampas khemah dan barang niaga tanpa sebarang notis  penyitaan.

Beliau turut mendakwa dua anggota polis berpakaian preman - tanpa menunjukkan kad kuasa mereka - telah bertindak menggari tiga peniaga dan menangkap seorang yang lain.

NONE Menurutnya, para peniaga berkenaan yang berniaga lima hari seminggu membuat permohonan kepada DBKL untuk turut beroperasi pada hari Isnin dan Selasa setiap minggu pada bulan

November dan Disember sempena musim cuti persekolahan.

Permintaan mereka bagaimanapun ditolak DBKL.

Malam Selasa lalu, katanya, kumpulan itu bertindak mendirikan hanya tiga khemah untuk berniaga sebagai tanda protes kepada larangan itu.

"Bukan tujuan kami nak buka perniagaan tetapi kami nak sampaikan mesej (kami mahu berniaga) kepada DBKL dengan menaikkan tiga khemah ini.

"Kami berniaga itu atas lot perniagaan, bukan di garisan kuning.

"Lokasi kita memang lot perniagaan cuma salah hari sahaja,"  katanya.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, pihak DBKL tetap bertindak merobohkan  tiga khemah itu dan merampas barangan mereka tanpa sebarang notis.

Beliau mendakwa pihaknya telah dimaklumkan oleh pihak polis bahawa empat orang yang ditangkap itu, boleh dijamin.

VIDEO | 3.35 minit

ADS