Teng: Pakatan gagal lakukan reformasi perundangan

Yang Dipertua DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata Pakatan Rakyat gagal melakukan reformasi ke atas perundangan selepas lima tahun membentuk kerajaan di empat negeri.

Katanya, ini disebabkan keengganan ahli politik, yang menguasai eksekutif, untuk melepaskan kuasa mereka.

Teng mendakwa Pakatan kurang kesediaan politik untuk untuk melakukan reformasi bagi menjadikan DUN bebas daripada kerajaan negeri.

NONE"Sekiranya saya tubuhkan KPI (indeks petunjuk prestasi), ia akan menunjukkan bahawa Pakatan gagal dalam soal ini," katanya dalam satu forum mengenai reformasi parlimen di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pada malam tadi.

Teng yang juga ADUN Sungai Pinang berkata, hanya DUN Selangor yang bertindak pro-aktif dalam usaha itu.

Katanya, DUN Selangor antara lainnya membentuk tiga jawatankuasa terpilih, termasuk Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang menilai prestasi kerajaan negeri.

Malah, DUN Selangor juga menyiarkan persidangannya secara langsung melaui Internet.

“Kita bercakap mengenai (jawatankuasa terpilih) bertahun-tahun, tetapi apabila kita menjadi kerajaan, berapa banyak negeri yang melaksanakannya? Hanya kerajaan Selangor yang berbuat demikian," katanya.

Teng berkata masyarakat juga kurang faham mengenai doktrin pemisahan kuasa dan golongan berkenaan menurutnya gagal memberi tekanan kepada ahli politik yang memegang jawatan eksekutif untuk melakukan reformasi berkenaan.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.