Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kong: S'gor tutup kamera AES untuk pancing undi

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menyifatkan kerajaan Selangor sebagai kerajaan negeri yang tidak bertanggungjawab kerana tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya.

    

Katanya tindakan kerajaan Selangor mahu mencabut atau menutup kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) itu juga hanya untuk mencari publisiti murahan dan memancing undi.

    

"Saya katakan mereka kerajaan negeri yang sangat tidak bertanggungjawab, terutama (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor) Ronnie Liu yang mendapat publisiti murahan setiap hari.

    

"Di Selangor, 1,070 orang mati dalam kemalangan jalan raya tahun lepas. Ada Ronnie Liu ucap takziah kepada keluarga mangsa? Dia tidak hirau langsung," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

    

Kong berkata jika benar mereka kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin, mereka sepatutnya mengambil berat terhadap mangsa yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.

    

Beliau diminta mengulas kenyataan Liu yang dilapor mahu mencabut dua kamera AES minggu ini iaitu yang dipasang di Km 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (NKVE) dan di Km 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara.

    

Kong juga membidas tindakan Liu yang mengeluarkan kenyataan berbeza setiap hari semata-mata mahu mendapat liputan, khususnya menerusi media berbahasa Cina.

    

"Dulu kata nak cabut AES, sekarang nak tutup pula. Buatlah keputusan," katanya.

    

- Bernama

Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |

 

ADS