Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas IGP: Parti jangan ceramah sebelah-menyebelah

Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata ceramah politik tidak boleh dibuat sebelah-menyebelah atau berdekatan dengan acara parti lawan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini seperti yang berlaku Selasa lalu.

Katanya, beliau sendiri tidak pernah membenarkan perkara itu dilakukan ketika menjadi ketua polis di sebuah daerah di Melaka.

"Pemimpin politik perlu sedar politik ini perlu dibuat secara aman. Kalau sesuatu ceramah dibenarkan, jangan pula benarkan pihak lawan buat perkara yang sama," katanya pada sidang media selepas menyertai satu wacana di Shah Alam petang ini.

Beliau mengulas kejadian yang didakwa menyebabkan penyokong BN dan Pakatan Rakyat cedera dalam kejadian pada ceramah PKR di Gombak itu.

Beliau turut mengingatkan bahawa polis berperanan untuk mengawal ketenteraman awam dan berusaha agar penyokong parti lawan tidak memasuki kawasan ceramah parti lain untuk mengelak kejadian tidak

diingini.

"Apabila ada pihak yang ceroboh masuk, polis sepatutnya tidak benarkan kerana polis jaga harta dan nyawa org ramai," katanya.

ADS