Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Urusan jual tanah Taman Manggis pada BN tak jadi
Diterbitkan:  Dec 6, 2012 7:01 PM
Dikemaskini: 11:36 PM

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memutuskan untuk membatalkan tawaran BN Pulau Pinang untuk membeli tanah Taman Manggis untuk perumahan awam.

Pengerusi BN negeri itu, Teng Chang Yeow telah menawar untuk membeli tanah seluas 1.1 ekar di sepanjang Jalan Zainal Abidin dengan harga RM22 juta.

NONE Ketua Menteri Lim Guan Eng (kiri) berkata tawaran itu, yang

tamat pada 4 Disember, telah ditolak kerana kegagalan BN untuk mematuhi empat faktor utama.

"Tidak ikhlas dan tiada komitmen tulen oleh Teng dan BN Pulau Pinang untuk membina rumah awam atau rumah kos rendah untuk disewa," kata Lim, dalam satu kenyataan hari ini.

Ini, katanya, ekoran kenyataan bercanggah PengarahTaman Manggis Phase II Development, Khoo Boo Soon bahawa perumahan mampu milik berharga RM400,000 akan dibina di situ.

Khoo, bekas pemangku pengarah dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, telah dibidas oleh Teng kerana membuat pengumuman mengejutkan itu yang tidak direstui oleh BN.

Dua syarat-syarat tidak dipatuhi

Lim berkata, BN juga telah gagal untuk mematuhi dua syarat kerajaan negeri bagi memenuhi tawaran, termasuk menukar pengarah dan pemegang saham syarikat pembangunan yang mesra BN itu.

Beliau mahu pengarah syarikat tersebut termasuk nama Teng dan pemimpin BN yang lain apabila kerajaan negeri dan BN Pulau Pinang bersetuju untuk membuat perjanjian tersebut.

Menurut Lim lagi, mereka juga gagal menyemak untuk menambah modal berbayar bagi syarikat pembangunan perumahan kepada jumlah yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 3 peratus daripada Nilai Pembangunan Kasar," kata Lim.

"Mereka juga gagal untuk membayar baki 99 peratus atau RM22,183,227 pada 5 Disember, walaupun lanjutan tempoh sebulan diberikan kepada Teng dan BN," katanya.

Lim berkata keengganan BN Pulau Pinang untuk membayar penuh harga pembelian tanah walaupun mereka mendakwa sudah mempunyai wang, menimbulkan persoalan mengenai kejujuran pemimpin terbabit dan komitmen mereka untuk membina perumahan awam.

BN, sebaliknya, enggan membuat pembayaran kerana ia sedang menunggu kerajaan negeri mengeluarkan kepadanya perjanjian jual-beli selepas membayar wang cengkeram sebanyak satu peratus.

Pemuda BN Pulau Pinang juga mendesak kerajaan menjelaskan mengenai dakwaan bahawa ia telah menjual tanah itu sebanyak dua kali - kepada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) dan kepada BN.

Dalam jawapannya, Lim berkata, BN perlu membayar baki wang kepada kerajaan negeri dan ia akan menyerahkan hakmilik tanah kepada gabungan itu.

Mengenai isu tanah tersebut didakwa dijual dua kali, Lim juga menjelaskan bahawa hakmilik tanah itu tidak dipindahkan kepada KLIDC kerana ia masih dimiliki kerajaan negeri.

Beliau menambah bahawa kerajaan negeri tidak dapat untuk menjual tanah itu kepada BN Pulau Pinang tanpa jaminan kukuh dan komitmen yang jelas bahawa pengarah Taman Manggis tidak akan mungkir janji mereka untuk membina perumahan awam

Katanya, ia diburukkan lagi apabila Teng dan pemimpin BN yang lain tidak menjadi pengarah Taman Manggis Phase II Development Sdn Bhd".

Ketika dihubungi, Teng berkata, beliau masih belum menerima apa-apa pemberitahuan undang-undang mengenai pembatalan tawaran urusan jual-beli tanah tersebut.

Teng yang juga setiausaha agung Gerakan berkata, pihaknya akan menggunakan perundangan untuk menangai perkara tersebut.

Apabila ditanya sama ada BN akan melepaskan tawaran tersebut, Teng menjawab: "Mengapa kita harus melepaskannnya apabila ia membabitkan perumahan untuk golongan miskin?".

Apabila diberitahu bahawa Lim telah menuduh BN tidak ikhlas dalam memperolehi tanah itu, Teng sebaliknya menyalahkan ketua menteri.

"Dia tidak ikhlas, bukan kita. Dia tahu dia telah menerima bayaran penuh daripada KLIDC dan tetapi dia masih membuat tawaran kepada kami. Tindakan itu sendiri adalah tidak ikhlas," tambah Teng.

[Baca berita penuh]

Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |

 

 

ADS