Pertubuhan silat akan pastikan ahli daftar mengundi

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia akan memastikan 30 peratus daripada kira-kira 80,000 anggotanya yang dikenal pasti belum mendaftar sebagai pengundi, berbuat demikian dengan segera.

Yang Dipertua pertubuhan, Datuk Adiwijaya Abdullah berkata beliau menyedari perkara itu semasa kursus jurulatih silat yang diadakan baru-baru ini.

"Kami kenal pasti ada di antara mereka tidak berdaftar lagi walaupun sudah mencecah umur 21 tahun," katanya kepada Bernama di ibu negara.

Adiwijaya yang juga ketua Umno cawangan Pandan berkata beliau telah mengingatkan semua anggota pertubuhan itu supaya terus memberi sokongan kepada BN, yang selama ini peka terhadap keperluan dan kebajikan semua pihak, termasuk persatuan silat.

-Bernama
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.