Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rayuan tangguh operasi loji Lynas didengar 19 Dis

Mahkamah Rayuan telah menetapkan 19 Disember ini untuk mendengar rayuan penduduk Kuantan bagi mendapatkan penangguhan dalam usaha mereka untuk menghentikan operasi loji memproses nadir bumi Lynas sehingga permohonan semakan kehakiman penduduk selesai.

azlan Hakim Datuk Ramly Ali, yang mengetuai panel tiga hakim, menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan mereka, daripada mendengar notis mereka untuk mendapatkan penangguhan interim sementara menunggu rayuan yang ditetapkan hari ini.

Permohonan itu dibuat oleh penduduk selepas peguam mereka,

Bastian Vendargon, memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka baru sahaja menerima dokumen dari Lynas hari ini, yang membantah permohonan penangguhan itu.

"Kita perlu masa untuk mendapatkan jawapan dari pakar-pakar kami terhadap afidavit tersebut," katanya.

Peguam Lynas, Cecil Abraham berkata walaupun mereka tidak membantah permohonan untuk penangguhan itu, tetapi beliau menegaskan afidavit yang difailkan (untuk menentang permohonan itu) agak sama seperti yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bol Hassan tidak membantah permintaan penduduk berkenaan.

Hakim Ramly berkata, daripada menangguhkan permohonan untuk penangguhan interim, mahkamah mencadangkan untuk mendengar terus rayuan untuk mendapatkan penangguhan, yang mendapat persetujuan semua pihak yang berkenaan.

Anggota lain panel tersebut ialah Hakim Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali.

Pada 8 November, Mahkamah Tinggi Kuantan enggan untuk membenarkan penangguhan operasi loji Lynas sementara menunggu selesai permohonan semakan kehakiman mereka untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Maximus Ongkili dalam memberikan lesen operasi sementara (TOL).

Penduduk juga memfailkan injunksi Erinford untuk mendapatkan perintah penangguhan sementara seminggu kemudiannya untuk penangguhan sementara menunggu rayuan, tetapi ia tidak dibenarkan oleh Hakim Mariana Yahya, yang membawa kepada permohonan hari ini.

Keputusan di Kuantan bermakna sejak 8 November, loji Lynas di Gebeng, Kuantan telah dibenarkan untuk beroperasi. Permohonan semakan kehakiman telah ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Tinggi Kuantan pada 5 Februari.

Tan: Asap dari cerobong

Dilaporkan bahawa 102 kontena nadir bumi telah tiba di Pelabuhan Kuantan pada 21 November, di mana mereka telah diangkut dengan iringan polis ke Loji Lynas kira-kira 7km jauhnya di Gebeng.

NONE Pengerusi SMSL (Save Malaysia Stop Lynas) Tan Bun Teet, yang

tiba dengan satu bas penyokong dari Kuantan dan Segamat, memberitahu pemberita bahawa penduduk bimbang firma itu mungkin memulakan operasi.

"Kami lihat asap keluar dari cerobong loji. Kita sebenarnya tidak tahu sama ada mereka sebenarnya telah memulakan operasi tetapi kita amat bimbang dengan perkembangan sejak nadir bumi telah tiba.

"Terdapat juga bacaan mengatakan loji beroperasi pada  tanda-tanda di luar loji dan juga balai polis Kuantan, tetapi penduduk tidak tahu apa yang mereka maksudkan kerana ini tidak dijelaskan oleh pihak loji," katanya.

Hari ini, Tan berkata peguam mereka terpaksa memohon penangguhan hari ini apabila mahkamah bersetuju untuk menetapkan tarikh mendengar rayuan mereka bagi mendapatkan penangguhan.

[Baca berita penuh]

VIDEO l 2.42 min

ADS