Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keluarga Adam Azfar terharu sokongan warga siber
Diterbitkan:  Dec 8, 2012 6:59 PM
Dikemaskini: Dec 9, 2012 1:12 AM

Keluarga adik Adam Azfar yang mengidap tumor otak amat terharu dengan sokongan padu orang ramai terhadap adik yang berusia enam tahun itu.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua orang, walaupun mereka tidak pernah melihat Adam sebelum ini, tetapi mereka ikhlas menghulurkan bantuan," kata bapa Adam, Jimadie Shah Othman.

NONE "Saya amat terharu, bukan sahaja atas sumbangan yang dibuat

tetapi juga cadangan dalam e-mel dan Facebook tentang bagaimana untuk membantu Adam," kata Jimadie yang bertugas sebagai penolong editor meja bahasa Malaysia di Malaysiakini .

Jimadie berkata keluarganya sedang menimbang pelbagai cadangan yang diberikan itu, termasuk rawatan alternatif.

"Terdapat banyak cadangan, kami sedang meneliti semuanya, terdapat juga tumbuhan (dalam bidang perubatan alternatif) yang kita tidak pernah dengar sebelum ini," katanya.

Sumbangan daripada warga siber diterima sejak Khamis lalu untuk membantu dengan rawatan Adam dan sehingga tengah hari ini, ia berjumlah sekitar RM49,140.82.

Sebelum kempen sumbangan derma itu dibuat, kakitangan Malaysiakini juga telah mengumpulkan RM1,604 untuk Adam.

NONE Adam, anak sulung keluarga tersebut dimasukkan ke Hospital Serdang pada 3 November lalu, selepas dia mula muntah dan sukar berjalan.

Dia kemudiannya didiagnosis mengalami tumor 'glioma Pontine' sepanjang 2.5cm, betul-betul di tengah otaknya, dan telah dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Adam, seorang kanak-kanak yang begitu aktif sebelumnya, menyambut hari jadi ke-6 pada 23 November di hospital.

Keadaan Adam - yang dianggap jarang berlaku dan serius -  semakin merosot.

Dia tidak mampu bergerak dan terlalu lemah untuk makan dan terpaksa diberi makan dengan 100 mililiter susu bernutrien tinggi setiap empat jam, dan setiap kali kosnya ialah RM136.

15 lagi sesi radioterapi

Adam telah dibenarkan pulang pada 30 November dan sejak itu, keluarganya terpaksa membawanya berulang-alik ke Hospital Kuala Lumpur untuk sesi radioterapi dan pemeriksaan.

Dia menjalani sesi radioterapi ke-15 semalam dan memerlukan 15 sesi lagi sebelum dibuat imbasan untuk menilai keberkesanannya dalam mengawal pertumbuhan tumor agak besar itu.

Jimadie berkata sesi radioterapi, di mana sinar radiasi ditembak

pada sebelah kiri dan kanan kepala selama 32 saat pada satu masa, dijangka selesai menjelang akhir bulan depan.

NONE Bagaimanapun, katanya, itupun hanya jika Adam tidak terlalu sakit untuk menjalani rawatan rapi mengikut jadual.

"Radioterapi ini dilakukan pada setiap hari bekerja dan Adam berihat pada hujung minggu.

"Doktor juga memeriksa kemajuannya setiap hari Jumaat dan semalam doktor berkata tidak ada perubahan - keadaannya tidak berubah, tetapi memberi ubat tambahan untuk muntah, batuk dan selesema," katanya.

Keluarga Adam telah mengadakan sebuah laman Facebook untuk saudara-mara dan orang ramai untuk mengikut perkembangan keadaan Adam.

Mereka yang ingin membantu dengan sumbangan kewangan boleh berbuat demikian dialamatkan kepada Mohd Jimadie Shah bin Othman,  Akaun Maybank 164717019142 atau Akaun RHB 11427700088527.

ADS