Teo Kok Seong dipilih ketuai Dapsy

Nigel Aw        

ADUN Bahau Teo Kok Seong hari ini dipilih sebagai ketua Pemuda Sosialis DAP (Dapsy).

Beliau yang menerima 192 undi menewaskan ADUN Canning Wong Kah Wong yang mendapat 137 undi.

Ketua Dapsy sebelum ini Anthony Loke membuat keputusan untuk tidak bertanding semula untuk membolehkan pergerakan itu diketuai pemimpin baru.

Timbalan ketua Dapsy Loh Chee Heng pula mengekalkan kedudukan tersebut tanpa pertandingan.

Sementara itu, MP Bukit Mertajam Chong Eng menerima undi paling besar dalam pemilihan untuk jawatankuasa pusat sayap Wanita DAP.

Barisan jawatankuasa pusat yang baru dipilih itu kemudiannya melantik Chong untuk mengetuai pergerakan itu.

Chong sebelum ini sememangnya memegang jawatan berkenaan secara lantikan, dan hari ini merupakan kali pertama Wanita DAP mengadakan kongres dan pemilihan.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In