Dua angkat sumpah anggota Dewan Negara


Bernama        

Pengurus Risda Plantation Sdn Bhd cawangan Temerloh Datuk Muhammad Olian Abdullah dan anggota Lembaga Pengarah, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Dr Lucas Umbul mengangkat sumpah sebagai senator hari ini.

Upacara berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Dr Lucas, 52, yang juga naib presiden Persatuan Murut Sabah sejak 2003, dilantik sebagai senator buat kali pertama.

Muhammad Olian, 52, yang tamat tempoh khidmatnya sebagai anggota Dewan Negara selama satu penggal pada 8 Dis lepas, disambung semula tugasnya sepenggal lagi.

Beliau merupakan anggota seumur hidup Umno Cawangan Kampung Bukit Rok, Bera, Pahang dan pernah menjadi setiausaha kehormat Badan Kebajikan Orang Asli Islam Malaysia dari 2008 hingga 2010.

- Bernama

Taboola

Komen

PERINGATAN
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


Dua angkat sumpah anggota Dewan Negara

Bernama,

Pengurus Risda Plantation Sdn Bhd cawangan Temerloh Datuk Muhammad Olian Abdullah dan anggota Lembaga Pengarah, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Dr Lucas Umbul mengangkat sumpah sebagai senator hari ini.

Upacara berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Dr Lucas, 52, yang juga naib presiden Persatuan Murut Sabah sejak 2003, dilantik sebagai senator buat kali pertama.

Muhammad Olian, 52, yang tamat tempoh khidmatnya sebagai anggota Dewan Negara selama satu penggal pada 8 Dis lepas, disambung semula tugasnya sepenggal lagi.

Beliau merupakan anggota seumur hidup Umno Cawangan Kampung Bukit Rok, Bera, Pahang dan pernah menjadi setiausaha kehormat Badan Kebajikan Orang Asli Islam Malaysia dari 2008 hingga 2010.

- Bernama


Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In