Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS mahu Lynas nyatakan lokasi eksport sisa
Diterbitkan:  Dec 11, 2012 5:37 PM
Dikemaskini: 10:04 AM

PAS berkeras bahawa kerajaan perlu menghalang operasi loji Lynas sehingga syarikat itu menjelaskan lokasi eksport untuk sisa loji nadir bumi tersebut, seperti ditetapkan dalam syarat lesen mengendali sementara (TOL).

Ketua penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga berkata, kenyataan empat menteri semalam juga tidak memadai kerana hanya menyatakan syarat supaya Lynas perlu mengeksport sisa tersebut.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man "Kerajaan mesti menghalang operasi harian di kilang LAMP selagi syarikat tersebut gagal menjelaskan di mana sisa akan dibuang, walaupun mahkamah telah memberi kebenaran untuk Lynas beroperasi, namun syarat lesen tol mesti dipatuhi.

"Yang pasti, negara asal sumber nadir bumi itu, Australia tidak mahu menerimanya, sebagaimana mereka tidak mahu memberi kelulusan kepada syarikat Lynas sendiri untuk beroperasi di negara sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kerajaan mesti menuntut surat atau dokumen perjanjian daripada Lynas untuk mengesahkan syarikat itu sudah mengenalpasti negara yang sanggup menerima sisa radioaktif tersebut.

"Rakyat Pahang ingin melihat surat rasmi dari Lynas dan kesediaan negara mana yang sanggup terima sisa bahaya ini.

"Ketiadaan negara sanggup menerima sisa membuktikan ianya bahaya bagi alam sekitar dan manusia, dan inilah yang rakyat perlu memahami kenapa Pakatan Rakyat bertegas menentang projek ini," katanya.

NONE Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga berkata rakyat di negeri tersebut bimbang sisa tersebut tetap berada di situ, memandangkan tiada negara sanggup menerimanya, sedangkan syarat lesen operasi, sisa mesti dibawa keluar dari negara ini.

"Rakyat tidak akan teragak-agak untuk berkumpul di hadapan kilang Lynas, sekiranya kilang ini memulakan operasinya tanpa menjelaskan ke mana sisa ini akan dihantar," katanya.

Kenyataan itu timbul walaupun Lynas semalam menegaskan bahawa mereka akan mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan oleh badan pengawal selia.

Ia berkata Lynas akan mengubah sisa WLP, mengandungi bahan radioaktif pada tahap paling rendah yang terhasil secara semula jadi, kepada produk selamat secara komersial dipanggil 'Synthetic Aggregate'.

Menteri sains teknologi dan inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili pula hari ini berkata sisa itu boleh dipasarkan di Malaysia sekiranya ia ditukar kepada produk sintetik yang hanya mengeluarkan radiasi rendah.

Sisa itu juga boleh dipasarkan sekiranya syarikat berkenaan berjaya mendapatkan pembeli, katanya.

Namun, sekiranya tiada pembeli, Lynas perlu mengeksport bahan tersebut.

ADS