Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: Pertumbuhan ekonomi paling tinggi semasa DEB

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan dakwaan bahawa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) membantutkan perkembangan ekonomi negara.

NONE Beliau turut menegaskan bahawa hasil daripada dasar tindakan afirmatif DEB membantu mewujudkan kestabilan yang merupakan asas untuk ekonomi semakin berkembang.

"Bila Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan sepenuhnya, kita merekodkan pertumbuhan (ekonomi) paling tinggi," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada forum Masa Depan Tindakan Affirmatif di Putrajaya.

Jelasnya, pertumbuhan ekonomi negara meningkat lapan sehingga 10 peratus ketika DEB dilaksanakan dari tahun 1987 sehingga 1997.

Katanya lagi, tahap ekonomi negara di bawah DEB bukan sahaja mengatasi negara yang baru mencapai kemerdekaan pada tempoh tersebut tetapi juga beberapa negara maju.

Beliau turut menegaskan bahawa hasil daripada dasar tindakan afirmatif DEB membantu untuk mewujudkan kestabilan yang merupakan asas bagi perkembangan ekonomi.

[Berita penuh menyusul]

ADS