Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sekumpulan aktivis mewakili 80 NGO hari ini mendesak Lynas Corporation mendedahkan pelan untuk menukar sisa buangannya kepada produk selamat yang didakwa untuk dieksport ke luar negara.

NONE Gabungan NGO dikenali dengan nama Solidariti Hijau itu menyatakan Lynas perlu mendedahkan perkara itu, termasuk tiga lagi dokumen, demi "memulihkan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti agensi dan kredibiliti agensi dan kementerian yang terlibat".

Solidariti Hijau menuntut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamed menghentikan atau membekukan lesen operasi sementara (TOL) Lynas sekiranya perkara itu tidak dipenuhi.

Tiga lagi dokumen yang dimaksudkan ialah hasil penyelidikan berkaitan kitar semula sisa, pelan tindakan kecemasan, pelan dan lokasi bagi kemudahan pelupusan tetap (PDF) dan pengurusan sisa buangan Lynas.

NONE "Kegagalan untuk menjadikan ia sebagai dokumen umum akan menyebabkan timbulnya persepsi negatif di kalangan pihak awam bahawa Lynas dan kementerian yang terlibat seolah-olah meletakkan kepentingan diri sendiri mengatasi keselamatan dan kesihatan rakyat.

"Oleh kerana itu, selagi Lynas tidak menyerahkan kesemua dokumen mandatori yang disebutkan di atas, maka seharusnya Datuk Seri serta kementerian lain yang terlibat membekukan atau membatalkan TOL yang telah diluluskan," memorandum NGO itu dipetik.

Pengerusi Solidariti Hijau Zulkefly Mohamad Omar berkata kajian mengenai perkara itu sepatutnya disiapkan terlebih dahulu sebelum kelulusan lesen TOL diberikan.

ADS