Ditanya mengenai kekeliruan yang timbul berhubung kenyataan pengerusi eksekutif Lynas Nicholas Curtis dan empat menteri kabinet sebelum ini, Liow turut sekali lagi berkata kabinet memutuskan bahawa sisa berkenaan tidak boleh dibiarkan di Malaysia.
"Sebab itu saya katakan bahawa sisa (daripada loji) tidak boleh dibiarkan di Malaysia. Itu keputusan kerajaan, Itu keputusan kabinet, Tiada sisa boleh dibiarkan di negara ini," katanya.
Dalam laporan Wall Street Journal pada Selasa lalu, Curtis berkata tiada peruntukan dalam TOL yang menuntut sisa itu dieksport daripada lojinya di Gebeng, Kuantan.
[Baca berita penuh]
