Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sekumpulan kariah sebuah surau berusia 49 tahun di kawasan Penjara Pudu hari ini mengadakan perhimpunan bagi mempertahankan rumah ibadat tersebut daripada ditutup bagi tujuan pembangunan.

NONE Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mempertahankan Surau An-Nur, Zakaria Omar yang mengetuai perhimpunan itu berkata, mereka bimbang pemaju akan bertindak demikian memandangkan jalan ke surau berkenan kini ditutup.

"Kami bimbang, apabila surau ini tidak diimarahkan, ia akan ditutup... Kami bimbang tanah masjid ini digunakan untuk tujuan pembangunan," katanya.

Sedangkan, surau berkenaan sepatutnya diperkembangkan lagi supaya lebih besar dan tidak bukannya terus ditutup, katanya lagi ketika ditemui di satu kawasan berhampiran surau berkenaan petang ini.

NONE Jalan menuju ke surau berkenaan kini ditutup pemaju yang menjalankan kerja-kerja perobohan dan pembersihan tapak Penjara Pudu itu.

Katanya, penutupan jalan ke kawasan surau berkenaan dinyatakan pemaju dalam satu surat bertarikh 4 Disember

Surau berkenaan bagaimanapun masih boleh digunakan anggota kariah yang terpaksa menggunakan lorong kecil yang sukar dilalui.

Tegasnya, sepatutnya surau ni dikekalkan dan dinaiktaraf menjadi masjid memandangkan kawasan surau itu disekelilingi dengan bangunan pencakar langit.

"Takkan rumah ibadat macam ni, sepatutnya dibangunkan lagi dua atau tiga tingkat dan dinaikkan taraf menjadi masjid.

NONE "Tanah di Kuala Lumpur, tinggi nilai komersialnya, harap pihak berkaitan jangan senang-senang ambil rumah ibadat. Ini menyinggung sensitiviti umat Islam," katanya.

Zakaria berkata jawatankuasa bertindak itu akan menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tun Razak, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom dan juga majlis agama serta dewan bandar raya bagi memohon supaya laluan tersebut dibuka semula.

Katanya, jawatankuasa bertindak itu juga mengadakan rundingan dengan NGO termasuk Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiyah Malaysia, Pertubuhan Keris Malaysia, Badan Bertindak Imarah Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan dan Pertubuhan Melayu Selangor berhubung isu tersebut sejak dua hari lalu.

Zakaria berkata mereka akan menganjurkan satu lagi perhimpunan lebih besar pada minggu depan bagi membolehkan lebih ramai umat Islam maklum mengenai bantahan mereka itu.

ADS