Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM ambil kenyataan bapa murid Orang Asli ditampar

Bapa empat orang murid SK Bihai yang ditampar pada 23 Oktober kerana tidak membaca doa sebelum makan, telah memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua pegawai SPRM mengunjungi kampung Orang Asli tersebut di Pos Pos Bihai, Selasa lepas berikutan dakwaan bahawa guru-guru sekolah tersebut cuba merasuah mereka supaya menarik balik laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

"Mereka mahu tahu jika kami meminta rasuah atau sama ada pihak sekolah yang menawarkan rasuah.

Wakil kampung tersebut, Arom Asir berkata pihaknya memberitahu pegawai berkenaan bahawa bukan mereka (bapa murid) yang minta rasuah.

NONE "... dan pegawai-pegawai berkenaan berpuas hati," kata Arom (kanan) ketika ditemui di Kampung Tenrik, di lokasi sekolah tersebut, dalam pusat pentadbiran Pos Bihai , berhampiran Gua Musang di Kelantan.

Arom yang juga timbalan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bihai, turut menemani bapa murid-murid berkenaan apabila kenyataan mereka direkodkan.

Awal bulan ini, bapa murid-murid berkenaan - Hassan Achoi, 34; Atar Pedik, 38 dan Along, 49 - merentasi perjalanan selama tiga jam ke Gua Musang dari kampung pedalaman mereka untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan cubaan rasuah tersebut.

Mereka mendakwa guru-guru dari sekolah terkenaan, telah menawarkan kepada mereka RM300 tiap seorang pada 7 November lalu, supaya menarik balik laporan polis terhadap guru-guru yang telah menampar anak-anak perempuan mereka kerana tidak membaca doa.

[Baca berita penuh]

 

 
 
|
 
 

 

ADS