Tidak seperti kampung di kebanyakkan kawasan di Semenanjung Malaysia, di mana anak-anak terpaksa melalui perjalanan yang jauh, jalan yang berlaterit, bangunan dua tingkat SK Bihai terletak di jalan masuk ke Kampung Tenrik - salah satu daripada sembilan kampung di Pos Bihai.Murid-murid yang tinggal di kampung lain, yang terletak beberapa kilometer, mereka disediakan kemudahan asrama dua tingkat ditepi sekolah, yang turut disediakan untuk pra-sekolah.
Tetapi secara eksklusifnya, sekolah Orang Asli - yang terletak lebih dua jam perjalanan dari pekan Kuala Betis dengan menggunakan pacuan empat roda - menjadi perhatian umum selepas empat murid bukan Islam telah ditampar oleh seorang guru pada 23 Oktober kerana tidak membaca doa sebelum makan tengahari.
Ketika ditemui di Kampung Tenrik, Arom Asir - wakil penduduk kampung selepas kematian tok batin dan kedudukannya tidak diganti - berkata pendidikan merupakan masalah kanak-kanak di kampung dalam Pos Bihai lebih daripada sekadar insiden menampar.Arom mendakwa kira-kira 200 murid di SK Bihai hanya diajar selama tiga hari dalam tempoh minggu persekolahan - sedangkan minggu persekolahan di Kelantan bermula Ahad hingga Khamis.
"Guru-guru hanya datang pada Ahad dan oleh itu mereka tidak boleh mengajar, jadi mereka mengajar pada Isnin sehingga Rabu. Dan menjelang tengahari hari Khamis, mereka bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Pelajar pula diminta untuk balik ke asrama," katanya.
[Baca berita penuh]