Anda dipelawa hadiri dialog S'jaya Integriti di PJ esok

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengundang orang ramai untuk hadir pada majlis dialog bersamanya esok, bagi memberi maklum balas mengenai salah laku agensi penguatkuasaan.
    
Sesi dialog yang julung kali diadakan itu akan berlangsung di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, dari jam 9.30 pagi hingga 1 tengah hari, kata EAIC dalam kenyataan hari ini.
    
Dialog juga bertujuan menerangkan peranan serta fungsi EAIC dan akan dihadiri Pengerusi EAIC, Datuk Heliliah Mohd Yusof serta Timbalannya Datuk Paul Low Seng Kuan.
    
Mereka yang ingin menghadiri sesi dialog itu boleh menghubungi sekretariat media, Mohd Hafizzam Hamalad di talian 03-8888 6682 atau Nur Idayu Maruan, 03-8888 7163 atau melayari  www.eaic.gov.my.

- Bernama
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.