Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Felcra susun semula unit untuk penyenaraian di Bursa M'sia

Felcra Bhd kini menyusun semula tujuh hingga lapan daripada 13 unit sedianya kepada entiti bersaiz sederhana dan menyenaraikan di Bursa Malaysia tahun depan.

Pengerusinya Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata entiti tersebut dijangka menjana keuntungan terkumpul sebanyak RM50 juta setahun, melepasi keperluan minimum untuk penyenaraian.

NONE "Entiti bersaiz sederhana berpotensi untuk mengembangkan perniagaannya apabila disenaraikan.

"Pada masa ini subsidiari ini menjana perniagaan secara dalaman dalam Felcra Group dan apabila disenaraikan sebagai sebuah unit, ia akan menjadi teras dan memperluaskan perniagaannya di luar Felcra," kata beliau kepada pemberitaselepas menyampaikan ucaptama pada program persidangan pegawai-pegawai Felcra Bhd 2012 di ibu negara hari ini.

Mengenai masa depan, Tajuddin berkata Felcra perlu mempelbagaikan aktiviti untuk mengukuhkannya dan tidak bergantung sepenuhnya kepada aktiviti teras sekarang ini seperti pertanian, perladangan komoditi.

"Mempelbagaikan aktiviti ke dalam sektor-sektor seperti hartanah, ternakan, pendidikan dan pelaburan telah diluluskan oleh lembaga pengarah.

"Dalam masa lima hingga 10 tahun, Felcra akan menjadi syarikat berkaitan kerajaan yang pelbagai yang akan menjana hasil dalam lingkungan RM2 bilion setahun," katanya.

Tajuddin berkata Felcra menjangka keuntungan sehingga RM300 juta setahun pada masa itu.

"Pada masa kini, Felcra mencatatkan antara RM60 juta dan RM100 juta dalam keuntungan setahun," katanya.

-Bernama

ADS