Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam misteri dalam SD2 Bala digesa tampil kehadapan
Diterbitkan:  Dec 20, 2012 6:50 PM
Dikemaskini: 11:22 AM

Peguam yang merangka akuan bersumpah (SD) kedua penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mendakwa dipaksa menandatanganinya, harus tampil menemui Majlis Peguam, kata peguam Bala, Americk Sidhu.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, dengan itu, individu yang tidak bersalah tidak dituduh orang ramai, termasuk peguam veteran Tan Sri Cecil Abraham dan anaknya Sunil, yang Americk tidak percaya terlibat.

americk siva pc 040708 02 Dalam emelnya kepada Malaysiakini, Americk (kiri) berkata, anak

guamnya tidak boleh membuat aduan kepada Majlis Peguam kerana dia tidak pernah bertemu peguam misteri itu, ataupun mengarahkan peguam tersebut untuk merangka SD keduanya.

"Memandangkan ini adalah satu perkara yang agak serius, boleh saya cadangkan supaya presiden Majlis Peguam menyediakan satu emel yang mudah untuk dihantar kepada semua ahli Majlis Peguam, meminta ahli yang bertanggungjawab merangka SD kedua itu, melakukan perkara yang betul dan tampil kehadapan," katanya.

Katanya, ini kerana pihak-pihak yang tidak bersalah boleh menjadi mangsa kepada permainan menuding jari yang telah muncul sejak pendedahan peniaga permaidani, Deepak Jaikishen.

Mengenai SD kedua, Americk mendakwa Bala telah menandatanganinya selepas keselamatan keluarganya terancam.

Katanya, tidak seperti SD pertama yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan, SD kedua dibuat dalam masa kurang daripada sehari.

Americk berkata alamat pada cop pesuruhjaya sumpah pada SD kedua, adalah sama seperti firma guaman Zul Rafique & Partners pada 2008. Cecil rakan kongsi kanan di firma guaman yang sama.

NONE Beliau menambah, Cecil dan anaknya menjadi tumpuan spekulasi selepas temubual Deepak (kanan) dengan Harakahdaily.

Nama peguam tersebut, bagaimanapun, telah diblip di video temubual itu, yang disiarkan di YouTube.

Bagaimanapun, aktivis Haris Ibrahim, yang telah dihantar aduan kepada Majlis Peguam, mendakwa peguam tersebut adalah seorang Tan Sri - dan ia mencetuskan spekulasi peguam itu adalah Cecil dan anaknya yang juga seorang peguam.

Americk, dalam kenyataan itu, turut menegaskan bahawa beliau mengenali Cecil secara peribadi dan tidak percaya seseorang yang "bermaruah, berintegriti dan profesionalisme" seperti Cecil, boleh terlibat dalam perkara seumpama itu

Malaysiakini telah menghubungi kedua-dua Cecil dan anaknya dan sedang menunggu jawapan mereka.

[Baca berita penuh]

Bala's original statutory declaration

Bala's second statutory declaration

Americk: Cecil is a lawyer of the highest integrity...

ADS